Monday, July 7, 2008

FASA 1: ASDAF

anak2 ASDAF

KAJIAN KES:

PERKIM telah memilih kanak-kanak dari kalangan masyarakat Asli untuk bersekolah di bandar. Atas sebab inilah, PERKIM telah menubuhkan sebuah asrama di Kuala Lumpur yang dinamakan Asrama Darul Falah (ASDAF). ASDAF telah ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 , dan kini telah didiami oleh lebih kurang 60 orang pelajar dari suku Semai, Bateq, Mahmeri, Semelai, Temuan dan Temiar. Kebanyakan daripada mereka adalah anak-anak yatim dan datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Oleh kerana kurang berkemampuan, maka anak-anak ASDAF ini tidak didedahkan dengan pendidikan formal di sekolah,maka mereka dibawa untuk bersekolah di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, setelah dibawa untuk mendiami ASDAF, anak-anak ini masih juga kurang berkeyakinan dan sering menghadapi masalah seperti kes buli di sekolah dan di 'peras ugut' disebabkan oleh fizikal mereka yang agak kecil.

Oleh itu, Muslim Aid Asia mengambil inisiatif untuk mengadakan program motivasi khas untuk anak2 ASDAF ini. Pendekatan yang bakal diterapkan ialah secara 'mentor-mentee' untuk memastikan perkembangan pendidikan dan tahap keyakinan diri anak2 ASDAF ini berterusan.

Info tentang program ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 12-13 Julai 2008 (Sabtu&Ahad)

Lokasi : Asrama Darul Falah (ASDAF) 535/10,
Changkat Persekutuan,

Bukit Persekutuan, 50480,
Kuala Lumpur

Jumlah Peserta : 46 orang

Objektif :

• mengenalpasti potensi-potensi yang terdapat dalam diri anak-anak ASDAF ini yang boleh dimanfaatkan demi masa depan mereka.

• mengukuhkan keyakinan diri anak-anak ASDAF ini agar mereka bersedia untuk berdepan dengan masyarakat luar.

• memotivasikan pelajar ke arah persiapan diri dari segi fizikal, spiritual dan dan psikologi dalam proses pembelajaran dan menghadapi peperiksaan kelak.

• memotivasi diri anak-anak ASDAF untuk menerobos sempadan diri mereka supaya lebih berkeyakinan menempuh cabaran masa depan.

• menyemai rasa pentingnya khasiat tanaman dan sayur-sayuran kepada anak-anak ASDAF untuk membantu pertumbuhan minda dan fizikal yang berpanjangan.




Aktiviti :
  • Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
  • Mass & Games
  • Cultural Nite
  • Presentation











mereka juga punya masa depan..


Muslim Aid Asia mengalu2 kan semua sukarelawan untuk menjadi fasilitator/mentor kepada anak2 ASDAF ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sumbangan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
03- 2288 1996 (Ilham)

~Nur Ilham Abdullah~
Penolong Pengurus Dana & Pemasaran
Muslim Aid Asia



1 comment:

EYTA SANCHEZ said...

go kak am!100% support from me =)
any help..free to ask me ok?